"Ya Allah,Sesungguhnya Aku Memohon Kepada Engkau Kebaikan Hari Ini,Kemenangan-Nya,Pertolongan-Nya,Cahaya-Nya,Keberkatan-Nya Dan Petunjuk-Nya.Dan Aku Memohon Perlindungan Kepada Engkau Dari Kejahatan Sesuatu Yang Ada Di Dalamnya Dan Kejahatan Sesuatu Sesudahnya."Amin Ya Rabana A Lamin

15.3.13

TESTIMONI PENYAKIT SLE DAN PENAWARNYA



Malam ni saya nak kongsi pengalaman 'moyang' saya iaitu Master Iffah yang begitu kental dan kuat melawan penyakitnya.Tengok dari luaran wanita hebat ini begitu cekal mengharungi hidupnya sehingga boleh berbangga sebagai Master Shaklee.Jom baca kisah SLE nya sehingga bertemu dengan penawar ajaibnya 'VIVIX"

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu protin ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba  VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

HEALING CRISIS


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


6.2.13

MINYAK IKAN TERBAIK DI DUNIA

Kelebihan Omega Guard Shaklee


Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di pengairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega Guard adalah 3 kali ganda tumpatnya dari ketumpatan hati ikan.Berbanding dengan produk omega di pasaran,Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulin di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB (polychorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik)



Manfaat Utama Omega Guard Shaklee :
  • Asid lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.Oleh itu,kita perlu mengambilnya daripada makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.IA juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,bagi kulit cantik dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok-DHA dan EPA boleh menentan thrombosis,tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah,melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.Oleh sebab itu,ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala.Ia juga merendahkan kolestrol,menghindar pembekuan darah di dalm badan,membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesiti,mencegah arteriosclerosis,myocardial infarction,membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori-DHA adalah mutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina.Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyakit Alzheimer,memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit,proriasis ,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang cancer - kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon.Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis,merangssang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit  kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.Ia mencegah arthritis memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu daam neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia
America Public Health Association mengosyorkan makan ikan laut air dalam dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3.Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%

Untuk maklumat lanjut :
sms/whatsupp: 0189880906
pm fb : http://www.facebook.com/shahzura.ismail/timeline

31.1.13

PETUA CANTIK DAN LANGSING

Berdiet Jangan Sampai Lupa Makan

Semua orang menginginkan tubuh yang langsing,ramping,cantik.Tapi tidak tahu cara yang betul untuk berdiet supaya sentiasa kelihatan cantik dan yang penting sihat.Buat apa bertahan lapar semata-mata hendak berdiet.Jangan berlapar atau 'diet' dengan cara yang tidak sihat untuk kurus.Hakikatnya kita perlu kurus untuk sihat.Ukurlah bentuk badan sendiri jangan mengukur dengan bentuk badan orang lain.



Petua Cantik Dan Langsing

Di sini ada beberapa petua mudah untuk kuruskan badan dengan makan makanan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh anda. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa cantik semata-mata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

* Petua pertama mengelakkan makanan ringan. Ini kerana makanan ringan tidak mengandungi sebarang khasiat lengkap untuk tubuh badan dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan di samping pelbagai pengawet dan perisa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

* Petua kedua adalah makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya. Karbohidrat jenis ini berglisemik indeks rendah. Ambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam kuantiti yang banyak.

* Petua ketiga pengambilan protein sihat iaitu protein putih. Kurangkan sumber protein merah seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe, telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti daripada sumber kekacang.

* Petua keempat makan banyak buah-buahan. Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat antioksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Di samping itu, buah-buahan juga kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan, terutama buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

* Petua kelima apabila kita sarapan pagi, tengah hari dan malam pastikan menu makanan yang betul. Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang diambil mengandungi khasiat seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air.

Minum Air Kosong

* Petua keenam banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ia akan menjadikan air sebagai negatif kalori. Sentiasa minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

* Petua ketujuh amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E , antioksidan, Omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ke tahap optimum. Banyak kajian membuktikan pengambilan suplemen seperti Omega 3 boleh menurunkan berat badan.(Shaklee menyediakan supplement terbaik untuk anda)

* Petua kelapan pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat di pasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.

Mudah-mudahan dengan petua yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan ideal untuk tubuh anda.

Ada satu lagi petua makan untuk menurunkan berat badan anda iaitu 'makan masa'. Teruskan usaha secara konsisten untuk mendapat kesihatan yang baik, wajah berseri, tubuh kurus dan menawan. Semoga berjaya.




Credit:Oleh Dr Norman Mohd Norawi
* Penulis Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetik, Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif

Sambung Baca:
http://beautyfocuslife.blogspot.com/search/label/SET%20CANTIK
http://beautyfocuslife.blogspot.com/search/label/SET%20DIET

26.1.13

KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menangung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(surah Luqman ayat 14)

Apa kelebihan dan fadhilat apabila kita menyusukan anak?.Jom kita tengok apa yang kita dapat ganjarannya apabila menyusukan anak.Betapa sayangnya Allah kepada kita kan menyusukan anak sendiri pun dapat pahala dan fadhilat dariNya..Subhanallah..


  • wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit trauma selsema dan batuk,InsyaAllah.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan mental dan fizikal, kesihatan dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,maka Allah meemberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah

Begitu sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU..

Salam manis..

25.1.13

SUSU TERBAIK DI DUNIA


Penuh dengan mukjizat yang Allah berikan..
Terkandung dalam 30 juzuk al-quran..
Terbukti kehebatannya yang tiada tandingannya..
Itulah SUSU IBU..

Dikala mengandungkan bayimu...
Adalah saat-saat terindah bergelar seorang ibu..
Dan Susu ibu mula terhasil..
Hanya menantikan kelahirannya untuk tegukan  pertama..
Tegukan pertama adalah mengandungi khasiat yang terbaik untuknya..
Sayang jika tidak menggunakan peluang itu untuk diberikan kepadanya..
Susu ibu terhasil apabila adanya dia..
Bagaimana boleh kamu nafikannya?

Adakah itu hak kamu..
Tuhan ciptakan bukan saja-saja..
Pasti ada hikmah yang terbaik dari-Nya..
Khas untuk dia,pemilik susu ibunya..
Yang menyalurkan susu dengan ramuan resepi kasih sayang..
Eratnya tautan kasih ibu dan bayi..
Dengan jalinan susu ibu..

Tergamakkah kamu menafikan hak bayimu?
Yang menanti untuk tegukan khas dari ibunya..
Untuk mendapat makanan yang terbaik di dunia..

Adakah hanya sekadar alasan malas dan tidak tahu..
Atau kerana cepatnya kamu putus asa dan kecewa..
Bangkitkah wahai ibu..
Perjuangkan hak bayimu!!!
Bayimu layak untuk menerimanya..



Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi.Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,protin,lemak dan kabohaidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.Jika penyusuan dilakukan secara natural,ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan yang turut dirasai oleh bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan bayinya.Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak,ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya"
(surah Al-Baqarah Ayat 233)

Oleh itu wahai ibu-ibu di luar sana renungkan lah untuk berikan yang terbaik untuk anak tersayang..Peluang hanya datang sekali,apabila dikurniakan susu untuk kita selayaknya berikanlah untuk insan tersayang yang menanti untuk tegukannya...

Salam manis...




23.1.13

MENYUSUKAN ANAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun:bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu: dan kepada Aku-lah tempat kembalimu" (Surah Luqman,ayat 14)

Susu ibu merupakan satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan bayi yang belum matang.

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap ibu di muka bumi ini.Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan sebagai penyambung zuriat keturunan.Bagi ibu hamil saat bayi bergerak menendang perut ibu ada saat paling beharga dalam hidup.Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan pasti tidak dapat dilupakan.Setiap ibu ada ceritanya.

Saat lahirkan anak dan diletakkan dalam dakapan ibu,automatik hilang semua sakit dan hanya air mata kegembiraan yang mengalir apabila pertama kali menatap wajah anak yang dikandung selama 10 bulan..Ya Allah betapa hebatnya keagungan mu..

Dan bermulalah tugas paling murni seorang ibu untuk menyusukan anaknya..Disaat anak menghisap susu ibunya dalam dakapan maka terjalinlah kasih sayang antara ibu dan anak.."Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"(Al Baqarah:233).Maka sebab itulah,penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak)

Malah Rasulullah saw bersabda:

"Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya,kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wajalla,sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan,dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin.Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya,maka tidak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat,yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian.Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa,dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa.Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman:"Wahai perempuan,Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu,maka perbaharuilah amalmu".
(Mustadrak Al-Wasail:bab 4,hlmn)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anaknya.Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah buat ibu-ibu yang berjaya menunaikan kewajipannya untuk menyusukan anaknya.Walaupun pada hakikatnya memang letih,penat,leceh bagi sesetengah orang tapi pembalasan Allah sungguh besar untuk umatnya..Sesungguhnya Allah maha adil.Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid memberitahu bahawa seorang ibu wajib menyusukan anaknya jika ia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.

Begitu pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya.

Bagi saya pengalaman pertama menyusukan anak adalah saat-saat paling indah saya sebagai seorang ibu.Disaat matanya merenung saya,jari jemarinya memeluk saya sahdu rasa,memang menitis air mata.Ketika itu baru saya sedar bahawa menyusu adalah ikatan kasih sayang yang paling rapat antara ibu dan anaknya.Perasaan kasih dan sayang hanya seorang ibu yang boleh merasainya.Betuahnya rasa saya terpilih menjadi seorang ibu kepada dua anak saya yang comel :-)



Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu pertama sekali menyusukan anak.Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Betul kan momies semua?Bolehlah kita kongsikan bersama saat-saat terindah yang kita lalui sebagai seorang ibu.

Salam manis...






21.1.13

RAHSIA SUSU IBU


3 Rahsia Manfaat Susu

Salam semua..Nak tahu tak apa manfaat susu ibu ini..Ia terbahagi kepada 3 iaitu manfaat kepada bayi,manfaat kepada ibu dan manfaat kepada masyarakat..jom kita baca apa manfaat yang kita semua dapat.

Manfaat Kepada Bayi :
  • susu ibu mengandungi protien,lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental
  • antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus,masalah pernafasan dan jangkitan telinga
  • susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak
  • kanak-kanak yang diberikan susu ibu terlindung daripada masalah alahan
  • susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang
  • susu ibu juga mengurangkan masalah karies gigi,penglihatan,pertuturan dan menguatkan rahang
  • memberikan susu ibu boleh mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.Susu ibu dikatakan mampu merendahkan risiko serangan penyakit jantung apabila besar nanti
  • anak yang diberikan susu ibu kurang mendapat masalah cirit birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan
  • merapatkan hubungan di antara ibu dan anak

                                                            
  
Manfaat Kepada Ibu :

  • melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim
  • membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim
  • proses diatas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas
  • mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung
  • menjimatkan belanja untuk membeli susu formula
  • pemberian susu badan antara cara merancang dan dapat menjarakkan anak secara semulajadi
  • biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Manfaat Kepada Masyarakat :

  • pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat
  • mengurangka kos rawatan,perubatan dan ujian makmal
  • menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan
  • apabila anak sihat,ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif

  
Banyak sungguh kan manfaat yang dapat sesungguhnya nikmat yang Allah swt berikan ini sangat beharga dan banyak pahalanya.Cuma terpulang kepada kita samada hendak susukan atau pun tidak..
Dan nak tahu rahsia susu ibu banyak dan pekat di sini:
http://beautyfocuslife.blogspot.com/2012/12/testimoni-set-menyusu-testimoni-1-nur.html

19.1.13

ISTIMEWANYA WANITA



KELEBIHAN WANITA

"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orangwali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaatsolat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepadaanaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanitaitu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggangkuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerahsusu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapulantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannyauntuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yangbersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan padasatu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalammasa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanitamelayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanitamenyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberisusu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Jom kita renungkan bersama.Semoga ianya memberi banyak pahala untuk kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak merebut kenikmatan yang Allah S.W.T berikan.Subhanallah..Alhamdulilah kita dijadikan sebagai seorang wanita bersyukur atas kurniaanya.


 

 




2.12.12

Nak kulit cantik ???

Siapa yang taknak cantik, bukan? Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin.. Kulit yang kusam, kerepot.. pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik.

Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan seb
againya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel


Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

                       

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

                       Nak kulit cantik ???

Siapa yang taknak cantik, bukan? Semua orang nak kelihatan cantik. Salah satu faktor yang menampakkan kecantikan seseorang ialah dari kulitnya yang gebu, mulus, licin.. Kulit yang kusam, kerepot.. pastinya akan nampak tak berseri walaupun seseorang tu memiliki paras yang menarik.

Untuk menjaga kulit, dari segi luaran tu kita boleh bersihkan, guna pencuci muka, masker dan seb
againya. Tapi bagaimana pula dengan menyerikan kulit dari dalam? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
Menjaga kelembapan kulit
Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
Sebagai pelembap
Mencegah pigmentasi
Melambatkan tanda penuaan
Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.
                                                                                                                         Contact Me: 
                                                          Shaklee Independent Distributor
                                                                                 ID No: 889331
                                                                           Shahzura Bt Ismail
                                                                                  0134273942
                                                          FB Page:NaturalBeautyLife (NBL)



Salam sayang..saya sedia membantu...
               

Designed by UMIESUEstudio 2014 : sazorra