Penuh dengan mukjizat yang Allah berikan..
Terkandung dalam 30 juzuk al-quran..
Terbukti kehebatannya yang tiada tandingannya..
Itulah SUSU IBU..
Dikala mengandungkan bayimu...
Adalah saat-saat terindah bergelar seorang ibu..
Dan Susu ibu mula terhasil..
Hanya menantikan kelahirannya untuk tegukan pertama..
Tegukan pertama adalah mengandungi khasiat yang terbaik untuknya..
Sayang jika tidak menggunakan peluang itu untuk diberikan kepadanya..
Susu ibu terhasil apabila adanya dia..
Bagaimana boleh kamu nafikannya?
Adakah itu hak kamu..
Tuhan ciptakan bukan saja-saja..
Pasti ada hikmah yang terbaik dari-Nya..
Khas untuk dia,pemilik susu ibunya..
Yang menyalurkan susu dengan ramuan resepi kasih sayang..
Eratnya tautan kasih ibu dan bayi..
Dengan jalinan susu ibu..
Tergamakkah kamu menafikan hak bayimu?
Yang menanti untuk tegukan khas dari ibunya..
Untuk mendapat makanan yang terbaik di dunia..
Adakah hanya sekadar alasan malas dan tidak tahu..
Atau kerana cepatnya kamu putus asa dan kecewa..
Bangkitkah wahai ibu..
Perjuangkan hak bayimu!!!
Bayimu layak untuk menerimanya..

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi.Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,protin,lemak dan kabohaidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.Jika penyusuan dilakukan secara natural,ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan yang turut dirasai oleh bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan bayinya.Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak,ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya"
(surah Al-Baqarah Ayat 233)
Oleh itu wahai ibu-ibu di luar sana renungkan lah untuk berikan yang terbaik untuk anak tersayang..Peluang hanya datang sekali,apabila dikurniakan susu untuk kita selayaknya berikanlah untuk insan tersayang yang menanti untuk tegukannya...
Salam manis...




No comments:
Post a Comment