"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menangung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(surah Luqman ayat 14)
Apa kelebihan dan fadhilat apabila kita menyusukan anak?.Jom kita tengok apa yang kita dapat ganjarannya apabila menyusukan anak.Betapa sayangnya Allah kepada kita kan menyusukan anak sendiri pun dapat pahala dan fadhilat dariNya..Subhanallah..
- wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit trauma selsema dan batuk,InsyaAllah.
- Dengan memberi air susu ibu kepada anak,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan mental dan fizikal, kesihatan dan jiwa anak.
- Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,maka Allah meemberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah
Begitu sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU..
Salam manis..




No comments:
Post a Comment