"Ya Allah,Sesungguhnya Aku Memohon Kepada Engkau Kebaikan Hari Ini,Kemenangan-Nya,Pertolongan-Nya,Cahaya-Nya,Keberkatan-Nya Dan Petunjuk-Nya.Dan Aku Memohon Perlindungan Kepada Engkau Dari Kejahatan Sesuatu Yang Ada Di Dalamnya Dan Kejahatan Sesuatu Sesudahnya."Amin Ya Rabana A Lamin

Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts

26.1.13

KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menangung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya),dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;dan (ingatlah),kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)"
(surah Luqman ayat 14)

Apa kelebihan dan fadhilat apabila kita menyusukan anak?.Jom kita tengok apa yang kita dapat ganjarannya apabila menyusukan anak.Betapa sayangnya Allah kepada kita kan menyusukan anak sendiri pun dapat pahala dan fadhilat dariNya..Subhanallah..


  • wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) dan beramal soleh tidak melanggar perintah Allah dan taat kepada suaminya,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit trauma selsema dan batuk,InsyaAllah.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak,pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan mental dan fizikal, kesihatan dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit,maka Allah meemberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah

Begitu sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU..

Salam manis..

25.1.13

SUSU TERBAIK DI DUNIA


Penuh dengan mukjizat yang Allah berikan..
Terkandung dalam 30 juzuk al-quran..
Terbukti kehebatannya yang tiada tandingannya..
Itulah SUSU IBU..

Dikala mengandungkan bayimu...
Adalah saat-saat terindah bergelar seorang ibu..
Dan Susu ibu mula terhasil..
Hanya menantikan kelahirannya untuk tegukan  pertama..
Tegukan pertama adalah mengandungi khasiat yang terbaik untuknya..
Sayang jika tidak menggunakan peluang itu untuk diberikan kepadanya..
Susu ibu terhasil apabila adanya dia..
Bagaimana boleh kamu nafikannya?

Adakah itu hak kamu..
Tuhan ciptakan bukan saja-saja..
Pasti ada hikmah yang terbaik dari-Nya..
Khas untuk dia,pemilik susu ibunya..
Yang menyalurkan susu dengan ramuan resepi kasih sayang..
Eratnya tautan kasih ibu dan bayi..
Dengan jalinan susu ibu..

Tergamakkah kamu menafikan hak bayimu?
Yang menanti untuk tegukan khas dari ibunya..
Untuk mendapat makanan yang terbaik di dunia..

Adakah hanya sekadar alasan malas dan tidak tahu..
Atau kerana cepatnya kamu putus asa dan kecewa..
Bangkitkah wahai ibu..
Perjuangkan hak bayimu!!!
Bayimu layak untuk menerimanya..



Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi.Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient,protin,lemak dan kabohaidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.Jika penyusuan dilakukan secara natural,ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan yang turut dirasai oleh bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan bayinya.Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak,ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya"
(surah Al-Baqarah Ayat 233)

Oleh itu wahai ibu-ibu di luar sana renungkan lah untuk berikan yang terbaik untuk anak tersayang..Peluang hanya datang sekali,apabila dikurniakan susu untuk kita selayaknya berikanlah untuk insan tersayang yang menanti untuk tegukannya...

Salam manis...




23.1.13

MENYUSUKAN ANAK MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM


"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya:ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun:bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu: dan kepada Aku-lah tempat kembalimu" (Surah Luqman,ayat 14)

Susu ibu merupakan satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan bayi yang belum matang.

Memiliki cahaya mata adalah impian setiap ibu di muka bumi ini.Anak adalah pelengkap dan penyeri sesebuah keluarga dan sebagai penyambung zuriat keturunan.Bagi ibu hamil saat bayi bergerak menendang perut ibu ada saat paling beharga dalam hidup.Saat bertarung nyawa menahan sakit ketika melahirkan pasti tidak dapat dilupakan.Setiap ibu ada ceritanya.

Saat lahirkan anak dan diletakkan dalam dakapan ibu,automatik hilang semua sakit dan hanya air mata kegembiraan yang mengalir apabila pertama kali menatap wajah anak yang dikandung selama 10 bulan..Ya Allah betapa hebatnya keagungan mu..

Dan bermulalah tugas paling murni seorang ibu untuk menyusukan anaknya..Disaat anak menghisap susu ibunya dalam dakapan maka terjalinlah kasih sayang antara ibu dan anak.."Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"(Al Baqarah:233).Maka sebab itulah,penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak)

Malah Rasulullah saw bersabda:

"Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya,kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wajalla,sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan,dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin.Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya,maka tidak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat,yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian.Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa,dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa.Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman:"Wahai perempuan,Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu,maka perbaharuilah amalmu".
(Mustadrak Al-Wasail:bab 4,hlmn)

Subhanallah betapa mulianya ibu yang menyusukan anaknya.Betapa besarnya pahala yang diberikan oleh Allah buat ibu-ibu yang berjaya menunaikan kewajipannya untuk menyusukan anaknya.Walaupun pada hakikatnya memang letih,penat,leceh bagi sesetengah orang tapi pembalasan Allah sungguh besar untuk umatnya..Sesungguhnya Allah maha adil.Malah saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz di masjid memberitahu bahawa seorang ibu wajib menyusukan anaknya jika ia berkemampuan (mampu hasilkan susu) dan adalah berdosa besar jika si ibu sengaja tidak mahu menyusukan anaknya sehingga cukup 2 tahun tanpa alasan.

Begitu pentingnya kewajipan menyusukan anak menurut perspektif islam dan betapa azabnya balasan bagi ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anaknya.

Bagi saya pengalaman pertama menyusukan anak adalah saat-saat paling indah saya sebagai seorang ibu.Disaat matanya merenung saya,jari jemarinya memeluk saya sahdu rasa,memang menitis air mata.Ketika itu baru saya sedar bahawa menyusu adalah ikatan kasih sayang yang paling rapat antara ibu dan anaknya.Perasaan kasih dan sayang hanya seorang ibu yang boleh merasainya.Betuahnya rasa saya terpilih menjadi seorang ibu kepada dua anak saya yang comel :-)



Saya yakin semua ibu-ibu di luar sana juga akui antara saat-saat terindah buat seorang ibu adalah waktu pertama sekali menyusukan anak.Terbit kasih sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Betul kan momies semua?Bolehlah kita kongsikan bersama saat-saat terindah yang kita lalui sebagai seorang ibu.

Salam manis...






21.1.13

RAHSIA SUSU IBU


3 Rahsia Manfaat Susu

Salam semua..Nak tahu tak apa manfaat susu ibu ini..Ia terbahagi kepada 3 iaitu manfaat kepada bayi,manfaat kepada ibu dan manfaat kepada masyarakat..jom kita baca apa manfaat yang kita semua dapat.

Manfaat Kepada Bayi :
  • susu ibu mengandungi protien,lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental
  • antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus,masalah pernafasan dan jangkitan telinga
  • susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak
  • kanak-kanak yang diberikan susu ibu terlindung daripada masalah alahan
  • susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang
  • susu ibu juga mengurangkan masalah karies gigi,penglihatan,pertuturan dan menguatkan rahang
  • memberikan susu ibu boleh mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.Susu ibu dikatakan mampu merendahkan risiko serangan penyakit jantung apabila besar nanti
  • anak yang diberikan susu ibu kurang mendapat masalah cirit birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan
  • merapatkan hubungan di antara ibu dan anak

                                                            
  
Manfaat Kepada Ibu :

  • melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim
  • membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim
  • proses diatas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas
  • mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung
  • menjimatkan belanja untuk membeli susu formula
  • pemberian susu badan antara cara merancang dan dapat menjarakkan anak secara semulajadi
  • biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Manfaat Kepada Masyarakat :

  • pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat
  • mengurangka kos rawatan,perubatan dan ujian makmal
  • menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan
  • apabila anak sihat,ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif

  
Banyak sungguh kan manfaat yang dapat sesungguhnya nikmat yang Allah swt berikan ini sangat beharga dan banyak pahalanya.Cuma terpulang kepada kita samada hendak susukan atau pun tidak..
Dan nak tahu rahsia susu ibu banyak dan pekat di sini:
http://beautyfocuslife.blogspot.com/2012/12/testimoni-set-menyusu-testimoni-1-nur.html

21.11.12

SUPPLEMENT UNTUK IBU MENYUSU



 

Kenapa Ibu Menyusu Perlukan Supplement?

  Salam sayang..Kenapa ye ibu perlukan supplement untuk menyusukan anak..Bukan mengandung ja ya ibu perlukan supplement..Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih perlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukanya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu.Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan.Sekiranya anda khuatir masih kekurangan vitamin & mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin & mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat cergas & bertenaga selalu.



Di bawah ini adalah jenis suplemen yang di cadangkan untuk ibu-ibu menyusu:-



1. Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan, secara automatik kesan baik pada baby susah nak kena kembung.

2. Vita-lea
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3. B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 sentiasa berfikiran positif. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

4. Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

5. Ostematrik
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

 6. ESP @ Energizing Soy Protein
Vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Jadi demi memberi khasiat yang secukupnya kepada si manja si ibulah perlu membekalkan nutrien dan zat yang secukupnya untuk anak tersayang..Jadi nilai susu ibu amat berharga tiada tandingannya..Ibu lah yang mencorakkan kualiti susu ibu sebenarnya...JIka berminat boleh hubungi saya untuk mendapatkan tips-tips dan harga special dari saya untuk anda...

                                                       
                                                                                   Contact Me: 
                                                          Shaklee Independent Distributor
                                                                                 ID No: 889331
                                                                           Shahzura Bt Ismail
                                                                                  0134273942
                                                                  FB Page:BeautyFocusLife




Salam sayang..saya sedia membantu...
               

18.11.12




APA ITU KONSEP ASAS PENYUSUAN??



Ia adalah "SUPLLY VS DEMAND"
Iaitu lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak susu dihasilkan. 
TETAPI... 
Ibu-ibu kena ingat REHAT YG CUKUP,TUBUH YG SIHAT,BEBAS DARI STRESS,AIR YG MENCUKUPI,MAKANAN ROHANI(I
STIQAMAH) perlu diambil kira..
BAYANGKAN....NAK KA...SELEPAS BERJAYA 2 TAHUN MENYUSU TANPA PENGAMBILAN SUPLEMENT..

*Tua daripada usia
*Sakit pinggang,sakit gigi,sakit badan....
*Masalah kedinginan dan bla..bla..bla...
KESIMPULANNYA...
Pengambilan suplement ini untuk membantu..
*Ibu-ibu kekal sihat,bertenaga
*Awet muda,berseri
*Mempercepatkan penghasilan susu dengan syarat kerap pam,jaga makanan,rehat,doa dan sebagainya kenala balance..
DISINI SY SERTAKAN SUPLEMENT YG MEMANG GLAMOUR DI KALANGAN IBU MENYUSU..
*ESP-Asid amino penting untuk pembentukan enzim,hormon,tisu dan sel
*ALFALFA-Menggalakkan penghasilan susu secara natural dan berfungsi untuk keintiman wanita
* VITALEA-Lengkap dgn zat besi.Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
*VIT C-Nutrisi yg berupaya melakukan semua perkara,keseluruhan badan
*BCOMLEX-Menyokong fungsi saraf.Menukar tenaga kepada makanan
*OSTEMATRIX-Diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang,gigi dan mengurangkan risiko osteoporosis..
JADI...ANDA YG MENENTUKAN KESIHATAN ANDA...

                                   
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan dan pendapat just....

Contact Me: 
Shaklee Independent Distributor
ID No: 889331
Shahzura Bt Ismail
0134273942
FB Page:BeautyFocusLife

                Salam sayang..saya sedia membantu...







♥♥♥ SET PENYUSUAN...♥♥♥


Bagi breastfeding mom yg berkira-kira nak ambil supplement atau yg dah ambil supplement tapi kurang puas hati dengan kesannya ini sedikit info yg perlu dititikberatkan..

♥ JANGAN TUNGGU BREAST PENUH BARU NAK PUMP.Ini KESALAHAN BESAR sebab itu tandanya anda bagi signal pada badan yg baby tidak perlukan banyak susu. 
♥ JGN TAKUT NAK PUMP sb anak kuat menyusu dan takut susu kering.Ini sering terjadi kepada kebanyakan mom.Ini TERAMAT SALAH sb anak kuat menyusu la anda perlu kerap pump supaya badan mendapat signal bahawa badan memerlukan lebih banyak susu.
♥ TERUSKAN PUMP walaupun setitik atau pump angin.Jgn cepat mengalah.Badan juga perlu berlatih.Kerapkan sesi pump dan ikut jadual pump anda untuk hasilkan susu dan lama kelamaan badan akan keluarkan susu yg banyak.
♥ CUKUP
KAN AIR K
OSONG MINIMA 3L SEHARI.Air diperlukan untuk penyerapan so kurang air kuranglah susu.
♥ FIKIRAN YG POSITIF yakin susu banyak,disiplin pumping,zikir serta doa berterusan padaNya
♥ PENGAMBILAN SUPPLEMENT PERLU supaya susu akan bertambah,susu akan menjadi pekat bby pun kenyang bila mom mengamalkan konsep demand& supply.Harus diingatkan pengambilan supplement bukan hanya untuk penyusuan sahaja tetapi untuk bonus kepada mom supaya kekal bertenaga,memberi kesihatan yg baik dalam dan luaran dan kulit yg cantik x dimamah usia.
                                   

Disini saya sertakan SET PENYUSUAN MENGIKUT BAJET untuk membolehkan semua mom dapat menafaat darinya..Rugikan rasanya kalau tak dapat menyusukan si manja sehingga 2 tahun..Susu ibu tiada ternilai harganya dengan susu-susu diipasaran bukan..So apa tunggu lagi...banyak kebaikan dan khasiatnya untuk baby dan ibu....
Untuk maklumat lanjut serta penerangan lanjut tentang set menyusu ni just........
                                                   Contact Me: 
Shaklee Independent Distributor
ID No: 889331
Shahzura Bt Ismail
0134273942
FB Page:NaturalBeautyLife(NBL)


Saya sedia membantu...Salam sayang.....



Designed by UMIESUEstudio 2014 : sazorra