"Ya Allah,Sesungguhnya Aku Memohon Kepada Engkau Kebaikan Hari Ini,Kemenangan-Nya,Pertolongan-Nya,Cahaya-Nya,Keberkatan-Nya Dan Petunjuk-Nya.Dan Aku Memohon Perlindungan Kepada Engkau Dari Kejahatan Sesuatu Yang Ada Di Dalamnya Dan Kejahatan Sesuatu Sesudahnya."Amin Ya Rabana A Lamin

21.1.13

RAHSIA SUSU IBU


3 Rahsia Manfaat Susu

Salam semua..Nak tahu tak apa manfaat susu ibu ini..Ia terbahagi kepada 3 iaitu manfaat kepada bayi,manfaat kepada ibu dan manfaat kepada masyarakat..jom kita baca apa manfaat yang kita semua dapat.

Manfaat Kepada Bayi :
  • susu ibu mengandungi protien,lemak dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental
  • antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit gangguan usus,masalah pernafasan dan jangkitan telinga
  • susu ibu mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser di kalangan kanak-kanak
  • kanak-kanak yang diberikan susu ibu terlindung daripada masalah alahan
  • susu badan mengurangkan risiko radang usus bagi bayi pramatang
  • susu ibu juga mengurangkan masalah karies gigi,penglihatan,pertuturan dan menguatkan rahang
  • memberikan susu ibu boleh mengelakkan sindrom kematian bayi secara mengejut.Susu ibu dikatakan mampu merendahkan risiko serangan penyakit jantung apabila besar nanti
  • anak yang diberikan susu ibu kurang mendapat masalah cirit birit dan ini akan mengurangkan perbelanjaan perubatan
  • merapatkan hubungan di antara ibu dan anak

                                                            
  
Manfaat Kepada Ibu :

  • melindungi ibu daripada kanser payu dara dan rahim
  • membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin yang dihasilkan mempercepatkan pengecutan rahim
  • proses diatas akan mengurangkan tempoh pengeluaran darah nifas
  • mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • merendahkan risiko osteoporosis dan masalah jantung
  • menjimatkan belanja untuk membeli susu formula
  • pemberian susu badan antara cara merancang dan dapat menjarakkan anak secara semulajadi
  • biasanya ibu yang memberikan susu badan akan berasa lebih puas hati dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Manfaat Kepada Masyarakat :

  • pasangan yang baru mendapat anak masih boleh meluangkan masa untuk bersama keluarga dan masyarakat
  • mengurangka kos rawatan,perubatan dan ujian makmal
  • menjimatkan sumber alam sekitar kerana penggunaan tenaga dan pencemaran dikurangkan
  • apabila anak sihat,ibu dan bapa boleh menumpukan perhatian kepada kerja dan menjadi lebih produktif

  
Banyak sungguh kan manfaat yang dapat sesungguhnya nikmat yang Allah swt berikan ini sangat beharga dan banyak pahalanya.Cuma terpulang kepada kita samada hendak susukan atau pun tidak..
Dan nak tahu rahsia susu ibu banyak dan pekat di sini:
http://beautyfocuslife.blogspot.com/2012/12/testimoni-set-menyusu-testimoni-1-nur.html

No comments:

Designed by UMIESUEstudio 2014 : sazorra